ISI PENTING

  


Asas-asas akidah Islam ialah Rukun Iman.
v Beriman kepada Allah SWT
-perkara paling asas dan utama serta ianya mendasari seluruh ajaran
Islam.

v Beriman kepada Malaikat
-Al-mala-ul-a’ala iaitu malaikat adalah sesuatu yang halus termasuk
dalam perkara-perkara yang ghaib, tidak dapat dicapai oleh
Pancaindera.

v Beriman kepada Kitab
-Diturunkan kepada Nabi-nabi dan RasulNya.
-al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan,rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya saja.


v Beriman kepada Rasul
-Orang yang menerima wahyu dari Allah disebut nabi.Nabi yang diperintah oleh Allah menyampaikan wahyu dalam bentuk syariat disebut rasul Allah (utusan Allah atau pesuruh Allah)


v Beriman kepada Hari Akhirat
-Ia merupakan asas ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta satu daripada
dasar seluruh agama langit.
-Percaya dengan janji Allah bahawa Hari Akhirat itu ada dan pasti terjadi
tanpa manusia tahu bila ia akan tiba serta ia tetap dalam aturan tuhan
pencipta alam.

v Beriman kepada Qada’ dan Qadar
-Berusaha menjalankan segala undang-undang peraturan dan hukum
Hakam yang telah ditetapkan oleh Allah di mana Allah telah pun
Menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu natijah dan pendahuluannya dan
bagi tiap-tiap sesuattu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap
sesuatu tujuan ada jalan untuk mencapainya.


Dengan mempercayai dan beriman kepada rukun iman yang lima diatas maka seseorang manusia itu dapat merasai dan berpegang pada akidah yang kuat serta tidak mudah tewas atau terpengaruh dengan pujukan atau godaan sesiapa saja yang ingin merosakkan akidah. Sesungguhnya para pemimpin agama kaum kafir sentiasa berusaha menarik perhatian ummah Islam untuk mendekati agama lain dengan pelbagai taktik yang terbuka atau tersembunyi.3

LANGKAH-LANGKAH MEMANTAPKAN AKIDAH

Terdapat pelbagai bentuk dan kaedah yang boleh diamalkan oleh setiap muslim untuk memantapkan akidah.Seperti mana kita tahu bahawa situasi ummah mutakhir ini jelas dipengaruhi budaya atau nilai barat yang menyimpang dari ajaran Islam akibat kurangnya didikan iman dan akhlak sebagaimana diakui oleh tokoh pemikir Islam yang terkenal iaitu Dr.Yusuf al-Qardhawi. Ummah sekarang banyak terdedah dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan dimurkai oleh Allah s.w.t terutamanya melalui media massa, pergaulan bebas dan sebagainya.

Untuk memantapkan akidah manusia perlu kembali dan merujuk kepada panduan Allah melalui Rasul-Nya Muhammad s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Aku telah tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara,selagi kamu berpegang pada kedua-duanya kamu tidak akan sesat,iaitu al-Quran dan sunnahku.”
Melalui kedua-duanya manusia tidak akan mudah terpedaya dengan pujukan iblis dan keindahan dunia dan tidak akan berpecah belah kumpulan kamu sebagaimana dengan firman Allah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Islam ini adalah jalanKu yang lurus, maka jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain kerana ia akan memecahbelahkan kamu dari jalan Allah”.
(al-An’am:153)




Popular posts from this blog

PENGENALAN

PENGHARGAAN