Posts

RUJUKAN

Image
  Rujukan Mohd Asri Zainul Abidin, 2008.  Mengemudi Bahtera Perubahan Minda.  Kuala Lumpur : Utusan Publication and distributors sdn. bhd. Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin, 1998.  Pengantar Ilmu Tauhid.  Kuala Lumpur : Pustaka Salam. http://www.quranexplorer.com/quran/ Yusuf Al-Qaradhawi, 1977.  Ibadah Dalam Islam . Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. http://www.islam.gov.my/ Islam Pasti Bangkit Walau Apa Jua Halangan....... Bangkitlah saudara2 seagamaku..... tegakkan Panji2 Islam... kembalikan Kegemilangan Islam.....selamatkan saudara2 Kita yang ditindas dan diseksa.... Ya Allah Ya Maha Berkuasa.... satukanlah kami semua, Umat Islam di tanah nusantara ini..... semaikan rasa kasih sayang sesama kami....bantulah kami, pimpinlah kami ke jalan yang benar, jauhkan kami dari fitnah golongan kafir agar kami sentiasa percaya & bantu antara satu sama lain.....sesungguhnya telah lama kami berada dalam zaman kegelapan....menanti saat hadirnya sinar keagungan Islam...

KESIMPULAN

Image
  KESIMPULAN Setelah memahami konsep akidah islam saya dapat membuat kesimpulan bahawa agama islam menyeru umatnya supaya beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Keimanan kepada Allah akan wujud sekiranya masyarakat mempunyai pegangan akidah yang teguh. Akidah boleh difahami melalui pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusnya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri. Kesimpulannya, konsep akidah itu haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, ” melentur buluh biarlah dari rebungnya. ” Pendapat dan kajian semua pihak haruslah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak yang berkenaan. Seperti Firman Allah s.w.t. : ٱل

ISI PENTING

Image
   Asas-asas akidah Islam ialah Rukun Iman. v Beriman kepada Allah SWT -perkara paling asas dan utama serta ianya mendasari seluruh ajaran Islam. v Beriman kepada Malaikat -Al-mala-ul-a’ala iaitu malaikat adalah sesuatu yang halus termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib, tidak dapat dicapai oleh Pancaindera. v Beriman kepada Kitab -Diturunkan kepada Nabi-nabi dan RasulNya. -al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan,rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya saja. v Beriman kepada Rasul -Orang yang menerima wahyu dari Allah disebut nabi.Nabi yang diperintah oleh Allah menyampaikan wahyu dalam bentuk syariat disebut rasul Allah (utusan Allah atau pesuruh Allah) v Beriman kepada Hari Akhirat -Ia merupakan asas ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta satu daripada dasar seluruh agama langit. -Percaya dengan janji Allah bahawa Hari Akhirat itu ada dan pasti terjadi tanpa manusia tahu bila ia akan tiba serta ia tetap dalam aturan tuhan

PENGENALAN

Image
LANG KAH - LANGKAH MEMANTAPKAN AKIDAH DEFINISI AKIDAH MENURUT BAHASA. Perkataan “akidah” adalah diberasal daripada perkataan bahasa arab “al-aqdu” yang membawa maksud ikatan ataupun simpulan yang kuat. Ianya juga bermaksud pemantapan, penetapan, dan kaitan. (Lisanul Arab, juz 3, hal. 386-390) DEFINISI AKIDAH MENURUT ISTILAH UMUM. Secara istilahnya “akidah” merujuk kepada kepercayaan yang mantap dan kukuh terhadap sesuatu perkara; tidak kira perkara yang dipercayai itu adalah benar ataupun salah. Oleh itu, ada akidah yang benar, dan ada pula akidah yang salah. Akidah itu adalah kepercayaan teguh yang tidak tergugat mahupun goyah. Akidah yang benar, adalah akidah yang berteraskan ajaran Islam yang murni, bersumberkan Al-Qur’an dan As-Sunnah berdasarkan kefahaman para Salafus Soleh. Manakala akidah yang salah pula adalah akidah ataupun kepercayaan yang menyelisihi Islam, seperti akidah orang Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain. Abdul Hamid Al-Athari berkata: هي الأمور التي يجب أ

PENGHARGAAN

Image
    Bismillahirahmanirahim..             Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.             Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En Muhammad Arif Bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.             Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.             Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

NAMA KUMPULAN DAN NO MATRIK

Image
    [KUMPULAN] [LAMPU ISLAM] PENTINGNYA AKIDAH DALAM KEHIDUPAN [NAMA , NO MATRIK DAN KELAS] MUHAMMAD AFNAN DANIEL BIN MOHD ZUKI N01SKR21F032 SKR 1B FARRIS HAKIMI BIN MOHD SHARIL N01SKR21F021 SKR 1B MUHAMMAD NOR KUZAIRI BIN JUNAIDI N01SKR21F034 SKR 1B MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD DIAH N01SKR21F028 SKR 1B MOHAMAD IKHWAN BIN MIASRAN@HAMZAH N01SKR21F029 SKR 1B DANIEL FAKHRULRADZI BIN MUHAMAD RASHID N01SKR21F051 SKR 1B